Sunday, 27 February 2011


ISI KANDUNGAN
TAJUK : MUALLAF


1. Isi kandungan
2. Abstrak
3. Pendahuluan
4. Konsep
5. Biodat muallaf
6. Huraian dan pengalaman tentang muallaf
7. Henutup
8. RujukaN
9. Lampiran
ABSTRAK

Kebiasaan dalam masyarakat setempat akan menggunakan istilah mualaf atau saudara baru. Walau apa pun istilah atau panggilannya ianya mempunyai pengetian yang sama iaitu orang yang baru memeluk agama islam dan menjadi saudara seagama kita.
                Muallaf ni bagaikan seorang bayi yang di lahirkan semula kerana dosa-dosa mereka telah di ampunkan sebaik sahaja kalimah dua syahadah I lafazkan sebagai permulaan mereka dalam islam. Mereka tergolong dalam golongan asnaf yakni mereka layak mendapat zakat. Secara logik akal fikiran zakat ini sangat membatu seorang muallaf lebih-lebih lagi apabila mereka di buang keluarga selepas meninggalkan agama asal mereka.
                Kehidupan seorang muallaf sangat teruji dengan keadaan sekeliling mereka. Sebagai contoh desakan daripada keluarga supaya kembali ke agama asal. Mereka di tabur dengan kemewahan untuk mereka kembali ke agama mereka. Mereka di buang keluarga apabila tidak mahu kembali ke agama asal sehingga ada yang melakukan upacara kematian bagi mereka seolah olah mereka telah tiada lagi.


PENDAHULUAN

Assalamualaikum w.b.t sebagai pembuka bicara saya pada pendahuluan ini. Bersyukur kehadrat ilahi kerana saya berjaya menyiapkan esei  ini walaupun dalam keadaan banyak dugaan sebagai seorang mahasiswa.
                Tujuan saya mengambil tajuk yang berkaitan dengan mualaf ini ialah untuk berkongsi pengalaman pahit manis yang di lalui oleh saudara baru ini supaya kita semua menjadikannya sebagai iktibar dalam hidup. Esei ini juga bertujuan untuk menunjukkan kekuasaan Allah  s.w.t yang membolehkan seorang manusia mendapat hidayah-Nya.

Skop esei ini adalah merangkumi tentang mualaf dan tentang pengalaman saudara Islam yang baru. Setiap manusia, apabila telah mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia menjadi orang Islam. Baginya wajib dan berlaku hukum-hukum Islam, yaitu beriman akan keadilan dan kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hokum Islam yang jelas, yang ditetapkan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah. Misalnya, kewajiban salat, puasa, zakat dan sebagainya. Hal itu termasuk rukun-rukun Islam. Ada yang diharamkan, misalnya, membunuh, zina, melakukan riba, minum khamar dan sebagainya. Hal itu termasuk dalam dosa besar. Begitu juga hukum-hukum pernikahan, talak, waris dan qishash, semua itu termasuk perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya. Barangsiapa yang mengingkari sesuatu dari hukum-hukum tersebut, menganggap ringan atau mengolok-olok, maka dia menjadi kafir dan murtad. Sebab, hukum-hukum tersebut telah diterangkan dengan jelas oleh Al-Qur’an dan dikuatkan dengan hadis-hadis Nabi saw. yang shahih atau mutawatir, dan menjadi ijma’ oleh ummat Muhammad saw. Dari generasi ke generasi. Maka, barangsiapa yang mendustakan hal ini, berarti mendustakan Al Qur’an dan As-Sunnah. Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut dianggap kufur, kecuali bagi orang-orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan jauh dari sumber informasi. Misalnya berdiam di hutan atau jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin. Setelah mengetahui ajaran agama Islam, maka berlaku hukum baginya.
Harapan saya apabila menulis esei ini adalah supaya esei ini dapat memberi sedikit maklumat tentang mualaf dan semoga umat Islam yang lain menjadikan esei ini sebagai satu rujukan yang berguna.


KONSEP 


Terdapat pelbagai takrifan dan pengertian yang diterjemahkan dalam kamus-kamus, oleh para ulama’ dan sebagainya. Berdasarkan pencarian di Internet, terdapat pelbagai makna dan definasi yang diberikan oleh pelbagai jenis sumber antaranya menurut Kamus Dewan ( 2002: 900 ), perkataan mualaf bermaksud orang-orang yang baru memeluk Islam atau saudara baru.

Merujuk Kamus Istilah Fiqh ( 1997: 221 ), mualaf ialah mereka yang dipujuk hatinya atau yang baru memeluk Islam dan iman mereka masih lemah. Mereka tergolong dalam lapan asnaf yang berhak menerima zakat.

Dalam Mazhab Syafie, terdapat empat golongan mualaf, iaitu; Orang yang baru memeluk Islam dan imannya masih lemah. Keduanya, orang Islam berpengaruh yang diharapkan dapat menarik kaumnya memeluk Islam. Ketiganya, orang Islam yang berpengaruh terhadap orang kafir. Dengan pengaruh tersebut, kaum Muslimin dapat terhindar dari kejahatan orang kafir. Dan yang keempatnya, orang yang menolak kejahatan orang anti zakat ( M. Abdul Mujieb, Mabruri Tholhah & Syaficah Am 1997: 221).

Kamus al-Mawrid ( 1988: 940 ), و المؤلفة قلوبهم bermaksud mereka yang mana hatinya telah didamaikan. Dalam perbandingan ini, Ensiklopedia Islam ( 2005: 48-49 ) memberi penjelasan bahawa mualaf ialah orang yang diambil perhatiannya agar masuk Islam atau memperkuatkan keislamannya disebut mualaf. Kata mualaf hanya disebut satu kali dalam al-Quran surah al-Taubah ayat 60. Iaitu mualafatu qulubuhum ( orang yang dijinakkan hatinya ). Secara popularnya dalam masyarakat umum, istilah mualaf biasanya difahami sebagai ' orang yang baru masuk Islam atau orang yang memiliki pengetahuan minima tentang Islam '. Dalam membahaskan mualaf ulamak fiqh selalu mengaitkannya dengan pembahasan mengenai zakat. Bahkan dapat dikatakan bahawa pembahasan mualaf dalam feqah merupakan sub bahasan dalam bab zakat.

Dalam sebuah hadits yang agak panjang dalam kitab Shahih Muslim, diceritakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membagikan seratus ekor unta kepada tentara dari kaum Quraisy. Para shahabat Anshar tidak menyukai hal ini, karena belum lama mereka berperang dengan kaum Quraisy, dan darah merekapun masih segar di pedang kaum Anshar.
‘Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :”Sebenarnya saya memberikan kepada orang-orang yang baru masuk Islam untuk menjinakkan hatinya. Apakah kamu tak rela orang Quraisy kembali membawa harta, sementara kalian pulang membawa Rasulullah? Demi Allah, sesungguhnya yang kamu bawa pulang adalah jauh lebih baik dibanding harta yang dibawa oleh orang Quraisy itu”. Maka para sahabat Anshar menjawab : “Benar Tuan”………………………..’ (HR.Muslim)

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Secara lebih jelas, berikut diberikan penerangan tentang asnaf-asnaf zakat di atas. Yang pertama adalah golongan fakir iaitu golongan mikin tegar yang hanya mampu memenuhi kurang daripada 1/2 keperluan diri dan keluarga. Maknanya, jika si A memerlukan RM10 sehari, dia hanya mampu memperolehi RM3 atau RM4 sahaja. Yang kedua adalah folongan miskin dimana golongan ini pula hanya mampu memenuhi lebih separuh daripada keperluan tetapi masih belum memenuhi keperluan sebenar. Jika si A memerlukan RM10 sehari, dia hanya mampu mendapat RM6 atau RM7 sahaja. Yang ketiga pula adalah golonagn amil iiaitu orang yang diamanahkan untuk mengutip dan mengagihkan kembali wang zakat, ataupun dinamakan pengurus zakat. Yang keempat adalah golongan mualaf iaitu mereka yang baharu memeluk Islam ataupun hatinya sudah terpaut dengan Islam. Di Selangor, seseorang itu diiktirah muallaf selama lima tahun. Yang kelima adalah riqab iaitu hamba yang diberikan peluang oleh tuannya untuk menebus dirinya. Kini, ia dialihkan kepada interpretasi yang lebih luas, kerana hamba dalam erti kata sebenar sudah tiada. Maka, mereka yang terjebak dalam lembah pelacuran dan seumpamanya wajar dibantu menerusi asnaf ini. Yang keenam adalah Gharimin iaitu mereka yang berhutang atas sebab-sebab yang makruf dan syarie. Yang ketujuh adalah golonagan fi sabilillah yang bermaksud orang-orang yang bekerja untuk mengembangkan agama Islam dan tidak terbatas hanya kepada peperangan sahaja.

Maka, mereka yang belajar dalam bidang perubatan dan sains nuklear juga wajar dibantu menerusi asnaf ini. Yang terakhir adalah Ibn Sabil iaitu mereka yang mahu membuat sesuatu perjalanan ataupun dalam perjalanan namun keputusan belanja.
Walaupun terdapat pelbagai definasi yang berbeza dan berlainan pemahaman daripada pelbagai sumber, maksud mualaf daripada sudut bahasa mempunyai persamaan makna iaitu saudara baru atau saudara kita.


BIODATA.


NAMA ISLAM : MUHAMAD NAZRI BIN ABDULLAH
UMUR:49 TAHUN
PEKERJAAN:PEMANDU TEKSI
STATUS:BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK
SUMBANGAN:MENJADI AJK PERSATUAN MUALLAF DAERAH GOMBAK


HURAIAN


Pakcik Nazri adalah jiran lama kawan baik saya, Akmalina. Dia telah mengatur temujanji untuk bertemu pakcik Nazri. Pada hari yang di tetapkan saya bertemu pakcik Nazri bersama keluarganya. Saya memulakan bicara dengan bertanyakan khabar. Setelah itu pakcik Nazri memulakan kisah hidupnya dari awal hingga ke hari ini.
                Sejak kecil Pakcik Nazri sudah meminati agama islam. Salah satu faktornya adalah kawan-kawan Pakcik Nazri adalah melayu. Walaupun keluarga Pakcik Nazri melarang sama sekali Pakcik Nazri berkawan dengan orang yang beragama islam, beliau tidak mengendahkannya malahan pernah tidur di rumah rakannya yang beragama islam. Satu hari pakcik beliau datang ke rumah. Pakcik beliau mengatakan satu hari nanti pakcik nazri akan menukar agama tapi tidak menyatakan agama apa. Untuk mengelakkan pakcik nazri menukar agamanya, dia di paksa untuk mandi bunga dan sebagainya. Setelah menghabiskan spm, pakcik nazri bekerja di kuari milik keluarganya. Bagi keluarga pakcik nazri, mereka adik-beradik tidak perlu belajar tinggi kerana mereka sudah mempunyai harta.
                Dalam masa itu juga pakcik nazri mencari cari sesuatu untuk ketenangan hati. Lagi pula agama asal yang di anuti pakcik juga asalnya dari agama islam di mana seorang yang beragama islam telah murtad dan menjadi pengasas kepada agama asal pakcik Nazri. Ada sesuatu perbezaan yang menjadikan agama islam lebih menarik perhatian pakcik nazri di kala itu.
                Akhrirnya pada bulan jun 2001, pakcik nazri mengucapkan kalimah dua syahadah. Di kala itu, menitis air mata anak adam kerana merasa ketenangan yang di cari selama ini. Cabaran utama pabila kalimah syahadah itu di ucapkan adalah tentangan keluarga. Ternyata tekaan pakcik nazri benar. Seluruh keluarganya menentang dengan pilihan agama baru. Gagal meyakinkan keluarganya, pakcik nazri di halau sehelai sepinggang dari rumah itu bahkan harta yang dikumpul sendiri olehnya juga terpaksa di serahkan.  Selepas itu bermulalah kehidupan pakcik nazri seorang diri. Setahun selepas itu, pakcik nazri cuba pulang ke kampong halaman nya, namun jawapan yang diterima hampa. Pakcik Nazri berjumpa dengan jiran lama beliau di mana pakcik itu seorang muslim. Erat pelukan lelaki itu bila mngetahui pakcik nazri telah memeluk agama islam. Pakcik itu juga menceritakan bahawa keluarga pakcik nazri telah mengadakan upacara kematian bagi dirinya menandakan beliau tiada lagi dalam keluarga itu.
                Pakcik nazri meneruskan hidupnya seperti biasa.beliau menjadi seorang kontraktor. Sambil itu beliau mempelajari agama islam di PERKIM. Selepas lima tahun beliau bertemu jodoh dengan isteri beliau dan sekarang mempunyai seorang cahaya mata. Beliau juga mempunyai seorang anak tiri hasil perkahwinan terdahulu isteri beliau. Namun pakcik nazri bersyukur kerana dia tidak melihat islam kerana cinta tetapi kerana keindahan islam itu sendiri. Berbalik kepada keluarga pakcik nazri, mereka masih memujuk pakcik nazri kembali ke agama asalnya. Tidak dapat meggunakan cara baik, mereka menggunakan cara kasar. Mereka sanggup membunuh pakcik nazri. Namun iman mengatasi segalanya. Pakcik nazri sedikit pun tidak gentar dengan ugutan itu. Kini pakcik nazri membawa teksi dan bertugas sebagai ajk dalam persatuan muallaf daerah Gombak. Pakcik nazri di tawarkan untuk belajar ke Mesir. Pihak persatuan muallaf memberi satu rumah kepada pakcik nazri. Rumah itu berdekatan dengan pusat  persediaan sebelum pakcik nazri ke mesir. Namun, penghujung 2009 pakcik nazri menerima ugutan bunuh dari keluarganya. Ini membuatkan pihak persatuan mengambil keputusan untuk memindahkan pakcik nazri ke rumah lama demi keselamatan mereka sekeluarga, ini kerana rumah yang diduduki sekarang itu jalannya sunyi, sangat membahayakan keselamatan mereka sekeluarga. Ini membuatkan persediaan pakcik nazri untuk ke mesir tergendala.

                Penghujung tahun lepas, pakcik nazri mendapat surat mengatakan rumah yang di serahkan pada keluarganya dahulu tidak di bayar. Pakcik nazri cuba menghubungi keluarganya untuk bertanya tentang rumah itu dan juga ugutan bunuh yang di terima. Kakak kepada pakcik nazri mengatakan mereka tidak tahu apa- apa tetapi mengatakan jika pakcik nazri kembalik kepada keluarga mmereka, pakcik nazri akan selamat. Mereka juga menawarkan sebuah rumah bangle dan juga kereta Mercedes serta sebuah kuari untuk pakcik nazri. Namun kerana iman yang teguh, pakcik nazri menolak semua itu. Walaubagaimanapun  pakcik nazri masih mengharapkan yang keluarganya dapat menerimanya kembali. Yang terkini pakcik nazri di tawarkan membuat hajii bersama isteri dan anaknya di taja oleh kerajaan brunei. Moga- moga kehidupan pakcik nazri akan di berkati.


PENUTUP


Pelbagai isu seperti persoalan faktor memeluk Islam, pertikaian niat suci saudara kita memilih Islam sebagai anutan menjadikan saudara kita yang masih di peringkat awal mengucapkan kalimah syahadah begitu keliru dan kecewa dengan situasi sedemikian. Tambahan pula, setelah memeluk Islam saudara kita yang seharusnya diberikan perhatian dan bimbingan agama Islam demi untuk mengukuhkan pegangan akidahnya sering diabaikan oleh segelintir masyarakat Muslim.
Layanan yang tidak berhikmah oleh masyarakat benar-benar mengusik hati kecil saudara kita dan ada sebahagian mereka memilih untuk kembali kepada agama asal. Namun yang demikian, saudara kita juga berperanan dalam kehidupan sosial masyarakat. Akhir-akhir ini, saudara kita sama ada berbangsa Cina Muslim, India Muslim, Orang Asli Muslim, Kadazan Muslim, Iban Muslim dan Siam Muslim mempunyai kesedaran akan kepentingan mereka dalam dakwah Islamiah. Kepentingan saudara kita dalam berdakwah berdasarkan kebolehan berbahasa, pemahaman dalam adat dan budaya bangsa, berpengetahuan dalam pendekatan yang sesuai untuk berdakwah kepada kaum mereka sendiri dan juga mengetahui pantang larang dalam kehidupan. Oleh itu, saudara kita dan juga pendakwah-pendakwah perlu berganding bahu dalam memastikan usaha dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan sistematik dan tercapai matlamat dakwah itu sendiri

RUJUKAN

  • seorang muallaf

LAMPIRAN

bersama isteri dan anak beliau



rumah yang pakcik nazri duduki sekarang